3 TIPS MEMBINA RAVING FANS YG AKAN MEMBELI

RAMAI DAH TAHU TAPI TAK BUAT PUN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera , dah lama abang tak menulis. Busy dgn promo raya. Alhamdullillah dah settle semua, abang nak share mcm mana kita nak build fans/audience yg membeli.
.
Sebab abang baca ramai complaint pasal sales/pm dan wassep krik2.
.
Bagi abg first thing dalam business kita kena kenal dan tahu siapa audience kita. Bila dah tahu dan kenal , mungkin product anda terjual tanpa perlu menjual.
.
Tips ni abang dah experiment sendiri selama 2 bulan .. Mmg result dia mmg padu .
.
===
1. Create LOOKALIKE audience
===
LOOKALIKE ni kita suruh FB search orang yg lebih kurang mcm data customer kita.
.
Utk create LOOKALIKE audience ni kita just perlukan 100 data customer kita , paling mudah no.phone/email .
.
Cara nak dapatkan? Check balik slip pos laju korang tu , tapi dalam excel .
.
Kalau tak de? intip page pesaing , kadang2 ade customer diorang akan tinggalkan no.phone/email dekat page diorang , anda boleh gunakan no.phone/email tu sebagai data anda juga.
.
Antara cara lain anda boleh bg tips/info/ebook percuma. Minta email mereka utk anda forward tips/info/ebook. Email tu pun boleh jadi data utk LOOKLALIKE.
.
Bila create LOOKALIKE audience tu pilih 1% sahaja. Selalunya akan dapat dalam 200,000 audience.
.
===
2. Advert untuk LOOKALIKE audience
===
Bila beriklan biasanya abang akan iklan pada waktu orang berduit/gaji iaitu dari 24-10 hb .. Tapi abang akan pilih Tarikh 28hb hingga 7hb setiap bulan dalam 7 hari , tolak sabtu ahad abang off utk follow up customer . So total abang buat ads berbayar cuma 5 hari .
.
Bajet? Bajet abang sehari dlm RM97 -RM135 , Roughly dlm 5 hari mungkin habis RM550-RM700.
.
Harga produk abang satu RM97 , jadi abang perlu jual 1 unit utk dapat cover cost sehari.
.
Abang selalu ada target which is from 200,000 LOOKALIKE audinence ni, abg nak convert atleast 1% untuk membeli which is 2000 orang dalam masa 5 hari tu.
.
RM97 x 2000 orang = RM194,000 .
Tolak kos marketing – kos beli inventory – hidden kos , untung mungkin half daripada tu dlm RM95k mcm tu.
.
Abg perasan LOOKALIKE audience ni agak mahal sikit. Tak tahu la berlaku kat abg je atau ape.
Kalau buat iklan utk Liker atau audience biasa CPE dalam 0.03-0.05 sen tapi cost LOOKALIKE abg dalam 0.07-0.10 CPE.
.
Tapi bg abang biarlah CPE agak tinggi tapi audience yg engage tu mmg membeli dan berkualit. Daripada CPE rendah tapi bila PM krik2 je.
===
3. 25 hari menunggu gaji
===
.
Bagi hari2 biasa yg abang tak buat iklan , abang akan up testimoni. Sehari mungkin 3-5 testimoni customer.
.
Di selang selikan dgn tips-tips berkaitan niche kita. Kalau niche kencantikan boleh share tips2 nak cantik ke, kurus ke, makeup ke.
.
Kadang2 abang update abang makan ape , kadang2 abang update abang tgh jalan2 , aktiviti harian abang.
.
Sebab ape? Atleast customer kenal sape kita. Dia selalu tgk muka kita. Ambil contoh, Jutawan Kosmetik kita , tiap2 hari mesti ade video dia melintas kat instagram kita. Dia bukan menjual pun , tapi dia update kehidupan seharian dia.
.
Sama jugak dgn Fashion industry kita , Vivvy Yusof, Hanis Zalikha, or sape2 je la. Kita boleh tgk mcm mana mereka marketkan diri mereka , bukan marketkan utk menjual. Tapi utk develop trust antara fans.
.
Bila diorang launch product..tak perlu nak tunggu lama. Terus sold out. Sebab apa? sebab fans/audience mereka percaya.
.
Jadi mana2 page yg penuh dgn ayat menjual je tu, jom ubah strategi, kita bg tips pulak, share benda lawak ka, share video ka.. supaya orang yg like page kita tu tak boring duk nampak ayat iklan je.
.
Itu saja perkongsian abang. Agak panjanh tapi moga bermanfaat,
.
“Berniaga ni satu marathon, bukan lari pecut” – Credit to FB – Naim Mustafa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *