Kalau cooywriting tak cukup benda ni, ia jadi macam makan maggi guna air yang tak berapa panas

Jom kita check satu-satu,

.

1. HEADLINE

Pastikan headline kita ringkas je. Saya suka guna headline dengan kesemuanya guna HURUF BESAR untuk bezakan headline dengan subline

.

2. SUBLINE

Subline berada di perenggan kedua cw kita. Pastikan ayat dalam subline ni ada kaitan dengan headline ya, dan ia menjadi penyambung yg baik untuk membawa pembaca ke bahagian body text pula.

.

3. BODY TEXT

Bahagian paling panjang dlm cw kita. Pastikan setiap perenggan dan setiap ayat ditulis tidak terlalu panjang.

Dalam body text la kita nak tulis apa produk kita, cara guna, made in apa. Semua la.

.

4. TESTIMONI

Testimoni ni nak letak kat mana-mana pun boleh. Nak jadikan ia sebagai headline atau subline pun boleh. At least letak 3 real testimoni yg best dan mempunyai emosi yg berbeza.

Emosi ni, ada emosi teruja, emosi terkejut sebab barang murah ke, emosi excited sebab order siang, petang dapat dah ke. Campur gaulkan ya.

.

5. USP

USP ni, Unique Selling Preposition. Maksudnya, kita je yg boleh claim yg benda unik tu ada pada produk kita, dan tiada pada produk lain.

Buat 1 perenggan khas untuk cerita tentang USP je, dan guna HURUF BESAR.

.

6. CTA

Terletak di hujung post kita. Pastikan CTA kita ada 1 arahan je, jelas, dan tak merumitkan pembaca untuk ikut arahan CTA anda.

Contoh CTA yg tak jelas;

“komen sekarang dan tekan link ini”

(Sebenarnya dia suruh komen atau tekan link? Pilih 1 je, supaya kita jelas nak komen ke, atau nak tekan link)

.

7. GAMBAR

Saya dah try buat copywriting yang Power Rangers, cuma tak letak gambar je. Hasilnya? Iklan slow nak mampus! Dan bila saya letak gambar yang ntah apa-apa (gambar saya letak tak ada kaitan pun dengan copywriting saya), iklan terus mencanak naik.

Kalau saya letak gambar yang power rangers jugak? Anda pun tahu kan apa effectnya.

.
.
.

Anda mahu saya kongsi lagi ilmu copywriting di sini?

Mohon komen dan share lah sikit  😁

.

Panglima Keyboard,
Sifu Copywriting

Credit to Writer – Sifu Copywriting

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *