Apa cerita sekarang?

Perasan tak setiap kali raya bila jumpa sedara mara, lagi-lagi yang sama umur tu mesti akan tanya soalan yang sama… “apa cerita sekarang?”.

Atau…

“Bisnes macam mana sekarang?”.
.

.
Saya tak tahu anda… tapi saya akan dapat soalan yang sama setiap tahun!

Dan jawapan saya pula…

Alhamdulillah bisnes ada sales.

Berulang kali saya selalu pesan, tujuan utama dalam bisnes adalah untuk dapatkan sales!

Saya tak kira apa passion anda, tujuan anda, matlamat bisnes anda atau apa yang anda perjuangkan.

Anda tetap perlukan customer untuk bisnes anda terus berjalan.

Cuba strategi baru dalam bisnes tak menjanjikan anda sales!

Anda tak boleh berharap buat affiliate, dropship, paid traffic, email marketing, shopify dan duit 1 juta muncul dalam bank account.

Biar saya bagi tahu anda realiti sebenar dalam bisnes dengan 5 langkah ini… dan 5 langkah ini apply dalam apa sahaja bisnes.
.

.
1. Cari market yang tak sabar nak invest dalam produk atau servis anda untuk selesaikan masalah mereka.

Kebanyakkan marketer yang baru mula mereka akan cuba buat something new.

Kononnya produk terbaru dalam pasaran dan confirm meletup macam jual goreng pisang! Salah!

Don’t reinvent the wheel.

Pergi sahaja ke statista.com dan study market top spending power… masuk dalam market itu dan compete dengan penuh gemilang.

Ini baru minda seorang champion.
.

.
2. Selesaikan masalah prospek anda lebih cepat dan lebih efektif dengan value lebih tinggi.

Jangan copy paste pesaing anda.

Kalau anda jual produk kurus badan, jangan jual produk kurus badan.

Tapi jual “kenapa” produk kurus badan anda lebih cepat turun berat badan tanpa perlu berlapar dan penat!

Cuba tengok comment dan customer complain dalam social media, forum, blog, dan ecommerce website seperti Lazada dan Lelong.

Cari jalan macam mana anda nak selesaikan masalah mereka.
.

.
3. Bina marketing dan sales funnel (conversion).

Bagaimana anda nak keluarkan produk anda dalam market dan jual?

Bina database kemudian follow up sampai mereka beli?

Guna shopify untuk bina ecommerce store?

Atau melalui preview dan webinar?

Tak kira yang mana satu…

Tujuan anda berniaga adalah untuk buat sales. No sales. No business.
.

.
4. Tarik traffic sampai sesak macam Jalan Tun Razak time rush hour.

Jangan mengeluh bila spend RM100 tak ada sales.

Jangan mengeluh bila Facebook Ads anda kene block.

Dalam dunia traffic dan advertising…

Seperti yang saya selalu ingatkan berkali-kali…

Tiada jalan shortcut melain test, test dan test sampai ada result.

Bila conversion anda proven, beli lagi banyak traffic untuk buat lagi banyak sales!
.

.
5. Bina back end dan naikkan lagi LCV (Lifetime Customer Value)

Ini lah rahsia bisnes juta-juta.

Saya tak tahu bagaimana lagi saya nak explain…

Tapi lagi tinggi LCV anda, lagi banyak traffic anda boleh beli, lagi banyak sales anda.

Lagi banyak traffic dan lagi besar database anda, lagi sedap bisnes anda.

That’s it.
.

.
Saya anda 1 blog post khas tentang LCV kerana topik ini sangat penting dan life changing bila anda 101% faham crytal clear!

Hanya Ada 1 Metrik Anda Perlu Tahu Dalam Bisnes & Advertising… Dan Bila Anda Tahu (Jualan Anda Akan Bergoncang!)

Inilah realiti bisnes yang sebenar. Foundation bisnes yang sebenar.

Bila anda faham… Setiap aktiviti anda akan lebih fokus untuk naikkan sales bisnes 10X ganda setiap tahun!
.

.
P/S: Hari ini dah raya ke 4.

Saya tahu ada yang dah masuk kerja, ada yang cuti sampai hujung minggu.

Anda pula macam mana?

Masih makan lemang?

 

Credit to : Hazli Khalim

Writer : Hazli Khalim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *