Antara soalan yang kami terima adalah “Berapa plak bajet yg cun utk set setiap boosting ye? and nk kne run berapa lama?”

Ini adalah berdasarkan jawapan dan cara yang kami lakukan:

Jawapan:

Bajet mengikut kehendak anda.

Mulakan dengan nilai yang kecil tapi banyakkan perbezaan ads set nya. Contoh untuk satu post buat 4 set iklan.
– Lelaki (25-34)
– Lelaki (35-44)
– Wanita (25-34)
– Lelaki (35-44)

Setiap satu set biasa kan untuk mulakan dengan bajet yg rendah (RM5-RM10). Biarkan selama seminggu.

Pastu tengok mana yang paling bagus resultnya naikkan bajet. Jangan mendadak. Naikkan dalam satu hingga dua kali ganda saja. kemudian beberapa hari baru naikkan lagi. Dan seterusnya.

Bagi antara set yang mana kurang bagus result nya split kan lagi set tu. mungkin boleh asingkan by interest.
Kemudian ulang kembali perkara diatas bagi set yang bagus.

Bykkan set then kita akan nampak audience mana yg lebih bagus untuk post kita tu.

nak run berapa lama? Run jangan berhenti. Tapi wajib berhentikan bagi ads yang tidak memberi impak.
Perlu faham ads yang bagus BUKANLAH hanya yang kos rendah. Perhatikan berapa Likers baru yg like bedasarkan ads tu, berapa banyak link klik, berapa banyak post share.

Contohnya:
Ads A RM0.15 per engagement
Ads B RM0.05 per engagement
Untuk satu post yg sama ada 10 share dan 10 komen. Then selepas kaji didapati 9orang dari Ads A dan cuma 1 org yang datang dari Ads B. Bermakna ads A jauh lebih bagus. Ads B cost per engagement lebih rendah hanya kerana orang like post saja ramai.

Ok ini berbalik kepada apa objektif anda buat ads?
Nak dapatkan like post?
Nak dapatkan link klik?
Nak dapatkan komen?
Anda tentukan mana ads yang bagus untuk anda berdasarkan objektif yang anda tentukan sebelum create ads

#sekadarpandangan
#carakami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *