Branding dulu ke website dulu?

Salam dan hi. Always always always kami diajukan dengan soalan ni. Malah ada jugak yang beranggapan branding jauh lebih penting berbanding web.

Tak salah! Memang betul. Branding tersangat penting. Malah boleh jadi ia lebih penting dari web. Yelah kalau brand tak famous apa guna ada website tapi tiada visitor kan?

Okay sekarang kita cerita pasal kelebihan web, apakah kelebihan website dan bagaimana website mendukung sesebuah perniagaan

Ok kelebihan ada website ni ada banyak.

Kita cerita pasal e-commerce website contohnya. Contoh mudah order masuk. Mudah handle order itu semua tidak perlu explain dgn details sbb saya kira anda semua faham soal tu. Letih jawab soalan prospek yang sama. Letak FAQ dlm website atau details tentang produk dalam website senang prospek dapat semua maklumat dengan lengkap. Tu antara kelebihan basic nya lah. Well-known tak perlu di hebah-hebahkab lagi

Antara benda yang paling penting ada nya website ni adalah SEO!

Seo ni search engine optimization yg mana makin lama website tu ada di dunia online makin mudah utk ia berada di top results of search by keywords seo yg telah di install kan dlm website cik.

Contoh orang search kt google dgn keyword “pemutih wajah” , jika di dalam website anda ada install keyword ni then nnt bila website dah semakin ramai visitor dan pihak google dah tau yg visitor yang visit website memang tertarik sebab mencari pemutih wajah, lama-lama website anda akan  menjadi top ranking secara organik nya. Organik ya dan bukannya sebab ads.

Bila dah top search masa tu sales dah sedap sebab search ranking dah sangat-sangat membantu.

Untuk sesebuah website tersenarai dalam search ranking google search website tu perlu ada ciri-ciri SEO.
Website yg kami develop mmg sedia ada ciri-ciri SEO.

Walaubagaimana pun untuk google dapat baca seo dalam sesebuah website akan amik masa sekurang-kurangnya 3-4bulan. Utk dpt baca.

Utk dapat top ranking di google search google akan baca berapa ramai visitor yg website website tu yg telah di install keyword2 dlm seo website.

Ini adalah punca makin lama website ada dlm dunia online semakin bagus results search berdasarkan SEO nya. Bagi website baru akan amik masa utk google faham keywords website tu.

Kalau website dah lama tp visitor kurang jugak xmembantu dalam ranking search results.

Btw website baru utk jadi top di google search boleh juga gunakn google adwords bagi membantu peningkatan ranking seo secara organik

Sekarang anda nampak sebab apa semua brand2 yg ternama semua ada website. Mereka bukan buat website bila dah popular.

Tapi mereka buat website sebelum wujudnya produk lagi pun. Sebab tujuan nya adalah untuk long term

Jadi website adalah juga branding. Ianya branding jangka masa panjang.

Dan sebenarnya website ni ia membantu me maximize kan anda punya branding. Serious 😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *