Cara turunkan bounce rate? Apa impaknya?

cara turunkan bounce rate

Cara turunkan bounce rate? Sebelum itu apa kejadahnya “Bounce Rate” ni dan apa pula impaknya kepada ranking website? Sebenarnya bounce rate ni bagus tinggi ke rendah?

Setiap usahawan biasanya sudah website atau juga blog untuk untuk perniagaan mereka. Bagus kerana ianya antara langkah penting untuk memulakan sesebuah perniagaan. Tapi anda pernah tahu tak berapa Bounce Rate untuk website anda itu?

Apa itu Bounce Rate ?

Bounce Rate adalah markah rating yang diberikan oleh Google berdasarkan visitor yang melayari website anda. Bahasa mudahnya bounce rate dikira apabila seseorang visitor yang melayari website dan keluar semula dari website tanpa klik pada apa2 button atau link di page website yang dilayarinya pada mula-mula masuk tadi

 


 

Kadar bouncing boleh digunakan untuk membantu menentukan tahap keberkesanan atau prestasi page yang dilawati oleh visitor untuk menarik minat pelawat. Page masuk dengan kadar bounce rate yang rendah bermakna page itu dapat menarik minat visitor untuk lihat lebih banyak page-page yang lain atau dengan kata lain kekal dalam website anda dan lihat ke post atau page yang lain dalam website atau blog anda

Kadar bounce rate yang tinggi biasanya menunjukkan bahawa content web page itu kurang menarik untuk kekalkan minat pembaca atau visitor untuk stay dalam website anda. Ini bermakna visitor tadi hanya melihat page pertama yang dia mula-mula masuk tadi dan terus keluar dan pergi ke website lain.

Jadi pihak Google akan beranggapan bahawa quality website / blog anda agak kurang bagus. Maka impaknya sudah pasti ranking website anda akan diturunkan oleh Google kerana quality yang agak rendah. Jadi rugilah bila sebab content anda kurang menarik pastu ranking website pula diturunkan. Huhu sudah jatuh di timpa tangga pula!

Ok bagaimana cara untuk handle perkara ni? Antara perkara yang anda boleh lakukan adalah letak ayat-ayat umpan untuk visitor tertarik untuk klik link atau button di page tersebut. Contohnya di homepage anda ada title website seperti:

“WEBSITE E-COMMERCE SERENDAH RM350! – KLIK UNTUK INFO PLAN

 

Contohnya seperti diatas lah. Anda pujuk visitor untuk klik. Bila mereka klik button yang anda sediakan maka bounce rate anda automatik akan menjadi rendah.

Ada banyak lagi cara untuk turunkan bounce rate. Untuk lebih faham tentang bounce rate boleh baca penulisan tuan Neil Patel ni – https://neilpatel.com/blog/13-ways-to-reduce-bounce-rate-and-increase-your-conversions/

 

P/S: Anda sesorang usahawan? Dah letih untuk handle order guna whatsapp? Kami ada e-commerce website serendah RM350 sahaja! Khas untuk anda usahawan yang punyai tak lebih dari 10 produk. Info lanjut di – http://anggur.my/product/starter/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *