Cerita Ceriti CopyWriting

Ramai yang mengadu pasal copywriting krik-krik.

Saya juga lihat ramai yang obses dengan nak game fb.

Jangan begitu. Anda lepas fb pun kalau tak convert macam mana?

Ada banyak strategi copywriting. Dan yang saya suka adalah storytelling.

Storytelling adalah bercerita.

Ni satu contoh storytelling. Ada banyak approach.

=====

Dalam cerita ada hero, ada musuh, ada cabaran, ada pengajaran atau mesej.

Hero disini kita letak namanya IKA.

Musuh adalah kulit berjerawat.

Cabaran adalah nak interview kerja, asyik tak dapat kerana muka berjerawat. Cuba produk sama je.

Mesej adalah bila gunakan product ni, kulit improve.

——-

Nah saya bagi

Ramai orang tak pandang paras rupa. Betul Ke?
—–

Tiga minggu lepas kat kedai saya datang la seorang perempuan.

Dia nak mintak kerja. Namanya Ika.

Orangnya hitam manis, baru je habis diploma. Datang merantau ke KL nak cari kerja bantu keluarga.

Saya tanyakan pada Ika, tak cuba ke di tempat lain, saya tak ada kerja sesuai dengan kelulusannya.

Dengan nada sedih, dia kata..

“Dah 30 tempat saya mintak bang. Semuanya kata nanti dia panggil.”

“Dah penat. Duit pun dah habis. Rasa nak balik je kampung bang.”

“Alaa. Relax la. Mesti ada tu. Mana tau lepas ni ika interview terus dapat. Kalau abang ada kerja kosong abnag bagi terus kat ika tau. ”

“Oh, diaorang ada cakap tak kenapa tak dapat?”

“Diaorang tak cakap kenapa, tapi saya dapat agak bang. Yang dapat tu semua kulit licin. Floless. Saya ni macam muka macam jalan tar bang..”

“Alaaa. Jangan la cakap macam tu. Jalan tar pun cantik apa. Lagi elok dari jalan lubang-lubang. Floless tapi bengong tak bersukat pun buat apa kan?” saya cuba memujuk ika.

“Ika tak cuba apa-apa produk ke?”

“Banyak. Tapi macam tak jadi je semua. Ni pun mak baru je hantar kat Ika, jenama apa tah. Derina ke apa. Tak pakai lagi”

Ooo. Takpelah. Nanti abang tanyakan pada kawan-kawan kalau sapa nak staff. Ika jangan sedih tau. Abang doakan ika murah rezeki.

Ok, terima kasih tau bang.

.

Lepas tu saya lupa pasal Ika.
.
.
.
Semalam saya naik LRT.

Sekali ada orang tegur. Abang Wan! Abang Wannnnn.

Saya blur. Sapa pulak ni!

Saya tengok dia atas bawah. Comeynya awek ni!

Skandal mana pulak ni?? Hehehe.

Ika ni! Abang lupa eh.

Oooo. Eh. Ika buat apa? Dah dapat kerja ke?

Haaa. dah seminggu dah. Dapat kat KLCC.

Oooo. Amboi. Mentang2 dah flolesss. Dressing punnn. Comey la ika hari ni.

Tq bang. Malu ika. Hihi

Ika buat macam mana boleh elok ni?

Ooo. Ika pakai Deareyana Collagen mak bagi tu. Serasi la bang. Sejuk je pakai.

Seminggu je hilang semua. Dah takde dah muka macam jalan tar tu. Hihi.

Lepas tu kan bang, orang panggil interview, terus dapat. Seronoknyaaaa.

Eh, kat mana ika beli Dearyna Coolagen tu.

Ooo. Ika beli online. Abang wasap je

Wasap.my/7251364
Wasap.my/7251364
Wasap.my/7251364

Abang beli la untuk akak.

Alaaa. Abang kan lelaki. Mana reti beli beauty ni.

Ika belikan la eh. Abg bagi duit. Ika beli dua.

Satu untuk akak, satu untuk ika.

Betul ke? Eee. Bestnyeee. Tq bang. Muah-muah.

Berapa?

Satu set RM70, tapi kalau beli dua RM100 je.

Haaa. Nah RM150. Ika beli la lagi benda lain yang Ika nak.

Eeeee. Bestnyaaa. tq tau bang. Nanti ika datang jumpa abang.

#############

Ok. Ni draf je. But lebih kurang la

Banyak lagi boleh improve.

Kegedikan heroin atau kepoyoan hero boleh ejas ikut suka. Haha.

Credit to writer – Wan Muhd Syafis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *