COPYWRITING TIPS – GAMBAR TEMBAK HATIMU!

[COPYWRITING] TIPS GAMBAR
TEMBAK HATIMU!
.
Alahai, lamanya masa nak update
pasal post terbaru ni.
.
Kepada yang setia menunggu tahniah
diucapkan.
.
Okey, tak nak banyak mengarut. Hari
ni cerita pasal gambar. Bab gambar ni
sebenarnya yang paling leceh nak buat.
.
Tapi, sebelum tu. Saya nak ingatkan
yang saya telah kongsikan mengenai:-
.
Episod 1: Punca copywriting tak pergi.
Episod 2: Tips Headline padu.
Episod 3: 3 Jenis Headline padu Terkesima.
Episod 4: Intro wow,wow Amazing.
Episod 5: Pentingnya body copywriting.
Episod 6: Call-To-Action (CTA) pukau.
.
Jangan terlepas mengenai semua tips-
tips tersebut.
.
Okey, jom masuk balik bab gambar ni.
.
Gambar ni bab yang agak leceh kalau
tak tahu nak buat.
.
Gambar ni sebenarnya adalah rangkuman
copywriting anda. Sebab biar gambar yang
bercerita segala-galanya.
.
Jadi, apakah gambar yang perlu diletak?
.
Ok, jom kembali bab custemor avatar.
Bab custemor avatar ni penting.
.
Segala jawapan terhadap permasalahan
copywriting ada didalam bab custemor
avatar.
.
Didalam menghasilkan gambar. Anda
perlu juga tahu apa objektif kempen
iklan anda.
.
Jika, anda mahu buat Branding,
anda boleh terus letak je gambar
produk anda.
.
Tapi, jika anda mahu dapatkan jualan.
Terdapat beberapa tips yang anda
boleh buat.
.
1.Masalah.
Contoh: Uber.
Pernah lihat gambar billboard
pasal uber?
.
Ada banyak. Tapi, salah satunya
adalah gambar lelaki berlari kerana
tertinggal bas.
.
Masalah yang ditekankan adalah
tertinggal bas.
.
2. Impian
Contoh: Pakej percutian.
.
Dalam gambar tersebut tunjukan:-
>Gambar chalet
>Orang tengah bergembira
Dan sebagainya.
.
Impian yang difokuskan adalah
apa yang pelanggan mahu jika
pergi bercuti.
.
3.Gambar beremosi.
Okey, pernah tak anda lihat
iklan yang restoran jalankan?
.
Apa yang anda rasa bila tengok
gambar orang tengah makan
makanan tersebut sambil senyum?
.
Tetiba rasa lapar?
Tetiba rasa nak makan?
.
Okey, itu antara tips gambar
yang boleh anda ambil
perhatian.
.
Nak letak tulisan ataupun tak
di gambar?
.
Itu perlu melihat kesesuaian dan
kreatifviti anda. Tulisan tak boleh
banyak-banyak. Nanti jadi serabut.
.
Satu tips yang saya boleh
kongsikan.
.
3 benda yang biasanya prospek
anda akan lihat dulu.
.
1-Headline
2-Intro
3-Gambar.
.
Okey, biasanya kalau copywriting
anda panjang pastikan akan ada
Perkataan..see more, continue reading.
.
Jadi, anda perlu jadikan 3 benda
ni sebagai sipnosis iklan anda.
.
1-Headline- Fokus masalah.
2-Intro-offer solution
3-Gambar-tunjukan hasil.
.
Itu je lah kot untuk hari ni.
Adalah lagi komponen-
komponen copywriting ni yang
saya nak cerita seperti:-
.
Copywriting panjang.
Copywriting pendek.
Copywriting hard sell.
Copywriting softsell.
.
Tapi, saya bagi peluang kepada
anda jika anda soalan nak tanya.
.
Cuma syaratnya, berkaitan apa yang
saya kongsikan dari episod 1-7.
.
Bukannya, mintak tolong saya buatkan
copywriting contoh untuk bisnes anda.
.
Atau anda ada benda nak mintak
saya terangkan lebih dalam mengenai
copywriting ni.
.
Kalau ada. Sila komen di bawah.
.
SEMOGA BERMANFAAT.

Credit to writer – Chu Hafiz Hamidan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *