[EPISOD 2] : NEWBIE, FACEBOOK BUKAN SUPER MARKET!

Apa itu BIG Y dan kenapa ianya penting?

BIG Y mungkin anda pernah dengar sebelum ni. Tapi apa maksud yang sebenarnya?

Ada orang cakap BIG Y adalah niat utama kita kenapa nak buat bisnes.
Ramai yang bagi tahu nak buat bisnes ni sebab nak:-

>Balas jasa mak ayah.
>Nak bagi lebih keseronokan & kelesaan kepada anak bini.
>Nak bantu suami sebab kesian tengok kerja sorang2 untuk keluarga.

Dan macam2 lagi.

Tapi, apa kaitan BIG Y yang anda set tu dengan bisnes anda yang buat?

Ok lah, anda cakap nak buat bisnes ni sebab nak balas jasa mak ayah.

Dan anda pun buatlah bisnes tudung. Jadi, apa kaitan jual tudung dengan nak balas jasa mak ayah korang? Sebab prinsip asas bisnes adalah menyelesaikan masalah.

Tak caya?

Ok, cuba tengok situasi ni:-

Anda tak beli ubat sakit kepala kalau tak sakit kepala. Jadi, bila ada masalah sakit kepala, baru anda cari penyelesaiannya iaitu ubat sakit kepala. BETUL KAN?

Jadi, apa yang sepatutnya BIG Y anda?

Haa.. amacam?

Ok, takpe. Kita ke topik perbincangan kita ni balik. Apa itu BIG Y dan kenapa ianya penting?

BIG Y ni umpama niat. Macam nak solat. Ada niat kan. Dan niatnya jelas. Nak solat apa? Berapa rakaat? Fardhu? Sunat? Jamak? Qasar?.
.
Itulah jugak sepatutnya BIG Y anda. Iaitu niat asal anda buat bisnes ni. Dan BIG Y ni pulak kena POWER.
.
POWER maksudnya, apa pun yang berlaku anda sanggup hadap. Orang kutuk anda relex. Orang perli, anda buat tak reti. Orang cuba patahkan semangat, anda masih lagi GAGAH teruskan bisnes anda supaya BIG Y anda berjaya dicapai.
.
.
Situasi agar mudah anda faham BIG Y ni.
.
Katakanlah anda seorang suami. Dibawah tanggungan anda terdapat anak dan isteri yang perlu anda tanggung. Dan anda sahaja yang berkerja untuk mencari nafkah untuk ahli keluarga anda.
.
Tetapi, disebabkan ekonomi yang merudum, anda diberhentikan kerja. Dan apa yang ada dalam fikiran anda pada masa ketika itu?
.
Ofkos anda akan fikir pasal anak bini anda kan?
.
Pada masa ni anda ada 3 pilihan:-
1)Cari kerja lain yang tugasnya sama seperti sebelum ni.
2)Kerja je apa saja yang dapat asalkan bergaji walaupun lain bidang.
3)Buat bisnes yang boleh bagi untung, terutamanya margin keuntungan yang besar.
.
Dalam situasi ni family lah BIG Y anda. Dan anda sanggup buat apa sahaja demi family anda. Walaupun berkorban nyawa.
.
Tak pernah fikir pasal orang lain kan pada masa tu? Fikir pasal orang lain maksudnya, buat bisnes untuk menyelesaikan masalah orang lain. Seperti jual tudung untuk menyelesaikan masalah wanita bertudung tetapi nak berstylo-mylo.
.
BETUL?
.
Tetapi, ramai yang cakap. Jika mahu berjaya dalam bisnes, perlu selesaikan masalah orang. Lebih ramai orang yang kita bantu selesaikan masalah mereka, lebih banyak duit akan datang pada kita.
.
Erti kata lain, macam ubat sakit kepala tadi. Bila ada orang sakit kepala. Pasti mereka mencari ubat sakit kepala. Dan korang menjual ubat sakit kepala kemudian mereka membeli dari anda.
.
Itulah yang dimaksudnya selesaikan masalah orang, dan duit akan datang pada kita.
.
Macam mana nak selesaikan isu ni?:-
>BIG Y kerana keluarga?
>Menyelesaikan masalah PROSPEK untuk bisnes berjaya?
.
.
Mudah je. Untuk memulakan TINDAKAN berniaga anda perlukan BIG Y yang kuat seperti senarai kat atas tadi. Atau apa sahaja.
.
Dan untuk berjaya dalam bisnes pula perlu, utamakan untuk MENYELESAIKAN masalah prospek.
.
.
Kesimpulannya, untuk BERTINDAK secara bersungguh-sungguh dan konsisten sehingga anda mencapai apa yang anda nak perlu adanya BIG Y.
.
Dan untuk BERJAYA capai BIG Y anda. Anda perlu menyelesaikan MASALAH prospek anda supaya bisnes berkembang maju.
.
Tak tertinggal seorang Billionaire,Jutawan atau orang berjaya didalam bidang
masing-masing di dunia ini tanpa ada BIG Y yang jelas.
.
FAHAM?
.
Ok, kerja rumah. Nak berjaya kena buat. Rasa dah berjaya tak payah buat.
.
>Tuliskan BIG Y anda dengan jelas.
>Tuliskan apakah MASALAH prospek yang anda selesaikan.
.
Faham ke faham?
.
Kalau faham cer komen “Faham”.
.
p/s: Update seterusnya : Episod 3 Apa itu Customer Avatar SEJATI?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *