Facebook Watch
Facebook saingan baru Youtube dan TV
 
10 Ogos – Mark Zuckerberg mengumumkan features terbaru iaitu “Facebook Watch”.
Apa itu Facebook Watch?

Secara ringkasnya Facebook watch adalah suatu tempat untuk menonton video. Interface dan fungsinya juga akan lebih kurang hampir sama seperti youtube yang mana orang spent kan masa untuk tonton video.

 
Interface “Facebook Watch” ini juga kelihatan seperti ala Youtube portal video paling popular waktu ini.
 
Apa yang menariknya Facebook Watch ini adalah ia juga berfungsi seperti TV yang mana punyai channel yang sudah terjadual intisari rancangannya seperti ber episod dan seumpamanya
 
Boleh pilih channel mana untuk dijadikan favorite dan follow episod videonya
 
Penonton juga boleh berinteraksi dan memberi komen bagi setiap episod dan video
 
Secara tidak langsung ia menjadi pilihan baru kepada owner bisnes yang memilih penyampaian message iklan melalui video.
Jika sebelum ini iklan video di Facebook harus mengambil kira penyampaian message yang boleh difahami tanpa suara kerana video iklan disiarkan di newsfeed atau dalam koleksi video selepas video yang ditonton habis. Yang membuatkan kadar tontonan sehingga habis video agak rendah.
 
Video iklan dalam Facebook Watch akan menjadi seperti iklan di TV. Sambil tonton video akan ada video iklan di tengah-tengah video. Bermakna kadar tontonan video sehingga habis akan lebih tinggi berbanding dengan kadar tontonan video yang di iklan ni Facebook sebelum ini. Yang mana kadar tontonannya hanya 3 second view atau hanya separuh daripada keseluruhan video.
 
Anda bisnes owner? Then anda harus ambil tahu dan ambil kesempatan dengan cara pengiklanan terbaru yang akan diperkenalkan di Facebook Watch ini. Pasti anda sudah tahu kadar cas sesuatu pengiklanan juga bergantung kepada kadar bidaan. Semakin ramai gunakan cara yang sama semakin mahal bidaan dan cas pengiklanan itu. Jadi rebut dan jadilah yang terawal untuk dapatkan hasil yang lebih baik.
 
Anda fikir info ini bermanfaat? Share cepat 😀
 
Sumber:
https://learningenglish.voanews.com/a/facebook-watch/3985952.html
http://marketingland.com/facebook-looks-to-rival-youtube-tv-with-in-stream-only-video-ad-buying-option-222079

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *