Tak kiralah kau baru fikir nak berniaga atau dah berniaga tapi rasa nak ubah strategi, bolehlah pertimbangkan flow ini.

Pertimbangkan walau apa pun produk jualan kau.

 

PAGE

Setting page kau spt country restriction (Malaysia only), Audience Selection Enabled – mudah nak split time boost post, Age restriction (18 and over – kuasa beli)
ii. Isikan dengan content berguna, supaya bila orang kunjungi page ni, dia jumpa sesuatu untuk dia stay/ follow/ like
iii. Jangan cemarkan dengan content tak berkaitan untuk kurangkan pencemaran audience masa nak retargeting kelak. Fokus dengan related content sahaja.

 

AUDIENCE

i. Buat like marketing untuk kumpulkan audience targeted yang kau akan kejar dengan iklan kau nanti. Like marketing maksudnya = iklan tarik like, bukan iklan menjual. Contohnya:
+ ‘Anda suka banyak free gift semasa membeli aksesori telefon? Like page ini.’
+ ‘Anda suka barangan dapur murah-murah? Like page ini.’
+ ‘Nak belajar ilmu pemasaran FB dari genius macam aku? Like page ini.’

ii. Jika tak ada budget, tak perlu like marketing, cukup buat iklan menjual namun pastikan audience sasaran adalah targeted/ tepat.
Gunakan data pelanggan sedia ada untuk hasilkan audience untuk iklan kau.
+ Boleh hasilkan Lookalike Audience (LAA) dan kejar prospek serupa pelanggan kau
+ Boleh hasilkan Custom Audience (CA) dan kejar pelanggan lama untuk pembelian berulang
+ Jika page dah lama dan banyak engagement, boleh buat CA untuk mereka yang engage kat page kau dan kejar mereka
+ Jika page banyak Like, sekadar target iklan jualan kpd orang yang dah like page kau (people who like page)

 

IKLAN

i. Pastikan buat SPLIT TEST untuk kenalpasti iklan terbaik
+ Budget split test tak perlu banyak. Mulai dari nilai rendah.
+ Boleh bezakan antara julat umur, jantina, platform dsb
+ Up budget iklan yang cemerlang, stop iklan tak perform. Ini berdasarkan KPI iklan kita letak/ objektif iklan kita.
Cth: Jika objektif kita ialah video views, jangan menggila jika tak ada orang komen.
.
ii. Iklan menjual sebolehnya ada beberapa fasa dan disasarkan kepada audience sama dan bukan lagi audience random. Maksudnya, audience dalam CA kita.
.
(FASA MENDIDIK)
a) Fasa 1 ialah pengenalan produk kita
Tak kenal maka tak cinta. Jadi, iklan pertama adalah untuk prospek/ audience sasaran kenal produk kita spt kegunaan, kehebatan, siapa kita, di mana kedai kita dsb.
b) Fasa 2 ialah meningkatkan trust
Iklan pada fasa ini bolehlah tentang testimoni pelanggan kita spt keberkesanan, bukti kehebatan, sales kita dah buat, gambar postage dsb.
c) Fasa 3 ialah menunjukkan pelaburan berbaloi
Boleh ceritakan tentang harga produk/ testimoni pelanggan tentang harga berbaloi
d) Fasa 4 ialah tentang kelebihan offer kita
Ini untuk memberitahu tawaran meleleh yang bakal datang kedalam hidup audience. Jadi audience boleh bersedia dengan duit dsb. Bolehlah tunjukkan bonus, free gift, tarikh event dsb.
Biar prospek tertunggu-tunggu tarikh keramat ini.
.
(FASA MENJUAL)
e) Fasa 5 ialah iklan menjual
Masa inilah kita akan menjual kepada audience yang dah termakan dengan iklan2 dalam Fasa i-iv tadi.
Tunjukkan tawaran meleleh, tunjukkan offer, tambahkan urgency dsb untuk push jualan.

f) Ulangi fasa-fasa ini dengan menawarkan offer-offer berlainan pula.
Sentiasa naikkan jumlah audience dan buat brand awareness sementara tak ada apa-apa offer menarik daripada kita.

NOTA:
a) Iklan-iklan dalam Fasa-Fasa ini boleh dijalankan dalam tempoh singkat atau berhari-hari.
b) Iklan-iklan dalam Fasa-Fasa ini tak semestinya satu. Setiap Fasa boleh jadi ada dua atau tiga iklan berbeza.

 

JUALAN
Ada banyak boleh dilakukan untuk team jualan. Jika ada masa lapang, aku akan ceritakan dalam nota seterusnya.

KESIMPULAN
Ini hanyalah langkah-langkah biasa yang dilakukan.
Ia BUKAN KEMESTIAN, BOLEH DIUBAH, DIGUBAH dan DIPERBAIKI.
Pasti ada yang aku ter-miss.
Strategi manusia, ia tak pernah sempurna.

Tq sebab baca.

 

Kredit to writer : FB Luqman Mikhail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *