Guide Buat Iklan Power

Apa sebenarnya yang patut kita tulis pada iklan?Masing masing tertanya tanya macamana nak hasilkan iklan yang power.

Dulu saya pun begitu.
.

Sebenarnya kan

Takde ayat ajaib.

Takde trick canggih manggih.

Takde ayat bombastik dan janji manis tahap potong kaki.
.

Asas sebenar untuk hasilkan iklan yang power ialah

–> kenal segmen pelanggan sasaran dengan detail

–> sampaikan mesej dengan tepat dan kene dengan isu

–> guna weapon yang sesuai
.

Kata coach saya “tahu siapa pelanggan sasaran anda”

Atau shotpomnye KTM

Bukan ketapi tanah melayu

tapi..

‘Key Target Market’ produk/servis yang kita bakal buat.
.

Bila dah kenal KTM kita luar dalam

Baru mudah nak offer apa yang mereka perlukan

Sebab pelanggan tak beli produk

Diorang nak beli PENYELESAIAN MASALAH yang kita ada

SOLVE THEIR PROBLEM
.

Diorang tak nak dengar apa barang yang kita ada

Diorang tak nak tahu bahan dari gunung himalaya atau kutub utara

Tulislah waima senarai 40 bahan yang disumbat ke dalam sebalang botol sekalipun
.

Contoh ek.

Katalah nak buat iklan produk kesihatan dan kecergasan #everboost saya
– Produk everboost ni kan ada manjakani, mas cotek,sirih , arabic gum dan bahan alami yang tidak memudaratkan tubuh badan jangkamasa panjang<– tettttt tak bagus
– Sekiranya cikpuan minum everboost, tubuh badan lebih bertenaga dan kekal cergas sampai tengah malam.

Seharian bekerja tanpa rasa stress dan tanpa lesu <–explain isu yang DAPAT DISELESAIKAN
.

Itu belum power lagi.

Nak lagi power kene narrow kan lagi target market.
.

Contoh :

Perhatian para guru<–ini target market

Cikgu cikgu selalu keletihan naik tangga turun tangga.

Dah tu kejap kelas sana kejap tukar kelas sini.

Bawa buku berat sampai rasa nak londeh bahu ke lantai

Penat tiap hari kerah tenaga<–ini masalah

Sekali pekena everboost ni confirm bertenaga ala ala wonder woman .

Sepanjang hari maintain fokus pada tugasan dengan hati yang ceria dan badan cergas.

Tiada lagi rasa lesu dan letih<–mesej penyelesaian
.

Itu contoh je..connntoh

Dalam ertikata lain

Jangan jual barang kepada semua orang
.

Jual kepada KTM yang kita dah kaji.

Tawarkan penyelesaian.

Jangan syok sendiri.

Nanti sendiri sakit hati.
.

Jadi , IKLAN YANG POWER adalah iklan yang ditulis khas ditujukan kepada pelanggan yang berada dalam range Key Target Market yang dikaji sebelum menghasilkan produk/servis korang lorr
.

RUMUSAN
First–>tahu target market dengan tepat dan jelas

Second–>Kaji dan survey apakah masalah

Third–>Sampaikan mesej yang tepat kepada target market tadi

Fourth–>Sampaikan melalui platform/landing yang sering jadi pilihan ktm berkumpul

Fifth–>Belai jiwa..korek lagi apa keperluan dan kemahuan untuk create another produk/servis
.

Takde istilah skrip format power.

Yang ada hanyalah MESEJ YANG BETUL KEPADA SASARAN BETUL
.

Aduh lemau otak

Makan ketupat banyak sangat

Susah nak fokus mengarang huahuahua
#sallyempireteam
Credit to writer- Salina Ahmad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *