How to rocket your online sales – Najib Asaddok [Part 2]

Hi Guys , Nama saya Ifwat Ibrahim. Pengarah Teknikal Anggur Solutions. Kepakaran saya adalah membantu usahawan yang berniaga secara online untuk menguruskan order dan jualan tanpa perlu pantauan setiap masa dangan cara menguruskan segala urusan perniagaan menggunakan ecommerce sistem dan website.

Ok perkongsian ilmu dari Sifu Najib Asaddok siri kedua. Jika anda terlepas siri yg lepas boleh baca DI LINK NI

Pada post kali ni saya nak share apa yang telah di kongsikan oleh Sifu Najib antaranya adalah :

EMPAT PERKARA DALAM MARKETING
Nampak – Siapa orang yang kita nak dia nampak tentang bisnes kita dan berapa ramai? Wajib untuk tahu siapa targeted audience kita supaya kita tak membazir kos untuk permasaran kepada orang yg memang taknak. Gunakan FB Ads
Kenal – Ok disini sangat penting untuk punyai BRAND kepada perniagaan. Sebab setiap manusia juga punyai nama masing-masing.
Trust – Terlalu penting untuk kumpulkan testimoni sebanyak mungkin dan kongsikan kepad semua prospek anda agar dapat membina sedikit trust dalam diri mereka
Suka – Kita mesti cipta post yang menarik dangan copy writing yang bagus supaya pembaca suka dengan apa yang dikongsikan.
KOS PEMASARAN
Antara perkara utama yang di tekankan oleh sifu Najib Asaddok adalah bajet untuk kos pemasaran. Kos pemasaran seharusnya 10% daripada matlamat sales. Contohnya kita target RM20,000 untuk bulan ni. Kos marketing yang kita sanggup keluarkan adalah RM2000 untuk bulan

Banyak lagi faktor penting yang akan saya kongsikan dan kupaskan di next post Insyaallah. Saya doakan kaya dan berjaya. Amin

P/s: Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat, share POST NI semoga anda dapat kongsi manfaatnya bersama mereka yang lain. Insyaallah





Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *