How to rocket your online sales – Najib Asaddok [Part One]

Hi, Nama saya Ifwat Ibrahim. Pengarah Teknikal Anggur Solutions. Kepakaran saya adalah membantu usahawan yang berniaga secara online untuk menguruskan order dan jualan tanpa perlu pantauan setiap masa dangan cara menguruskan segala urusan perniagaan menggunakan ecommerce sistem dan website.

Ok baru saja habis rawatan susulan sekembalinya dari MMMMac2016. Dua kelas susulan yang di anjurkan oleh RICHWORKS Alhamdulillah telah saya hadiri iaitu

  • SMS Fundamental Marketing by Puan Nora (2 April 2016)
  • How to Rocket Your Online Sales by Najib Asaddok (4 April 2016)

Jadi Alhamdullah rasa sangat banyak benda yang saya nak kongsikan bersama anda, kerana terlalu banyak then mungkin saya akan kongsikan sebahagian-sebahagian secara bersiri dalam email atau video Insyaallah.

[SIRI 1] Ok pejalaran pertama yang di kongsikan oleh Sifu Najib adalah tentang CONVERSION RATE

Conversion rate adalah peratusan kepada prospek yg berjaya di tukarkan kepada pelanggan. Wajib untuk anda sebagai business owner untuk tahu berapakah conversion rate supaya dapat mengesan teknik marketing mana yang paling efektif atau tidak.

Cara pengiraan conversion rate adalah berapa orang yg berjaya di “tarik” masuk ke website dibahagikan dengan berapa orang yang membeli. Sifu Najib kata normal conversion rate adalah 2% paling rendah.

Maksudnya jika 100 orang visit website/kedai anda. Harus untuk sekurang2 nya adalah dua orang yang menjadi pelanggan. Maknanya berjaya mencapai tahap 2% iaitu tahap minimum bg conversion rate. Jika keputusan yang anda dapat kurang daripada 2% then anda kena kaji balik copywriting di website anda. Pasti ada masalah. Begitulah formula conversion rate yang wajib untuk anda kira supaya matlamat untuk sales bulanan kepada perniagaan anda akan lebih jelas.

FAKTOR UNTUK TINGKATKAN CONVERSION RATE

  1. Copywriting
  2. Gambar / Video
  3. Testimoni

Ketiga-tiga faktor diatas akan saya kupaskan di next post Insyaallah. Saya doakan anda kaya dan berjaya. Amin

P/s: Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat, harap share POST NI supaya dapat kongsi manfaatnya bersama mereka yang lain. Insyaallah

 

Dapatkan tips dan tutorial secara langsung ke email anda:-

Subscribe to our mailing list

* indicates required



/

( mm / dd )














Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *