Anda berniaga dan punyai ramai agent? Maksimumkan jualan anda dengan penggunaan mobile application. Bagaimana caranya? Ok begini, bila jenama sesebuah produk sudah di tahap yang agak tinggi dengan punyai agent yang ramai. Sales juga sangatlah tinggi atas bantuan dan usaha agent-agent. Apa yang berlaku pada waktu ini adalah kebanyakkannya pihak HQ akan berhenti untuk membuat sebarang jualan dan beri peluang kepada agent untuk tingkatkan dan maksimumkan jualan dengan bersaing bersama agent-agent yang lain.

Di waktu ini pihak HQ lebih fokus kepada perkara marketing dan branding produk serta diri. HQ atau founder akan berusaha untuk pastikan marketing berada pada tahap di maksimum agar lebih ramai prospek tahu dan ingin tahu tentang produk mereka. Ianya bagus dari segi memudahkan agent untuk membuat jualan. Tanpa perlu penerangan yang panjang lebar pun agent agak mudah untuk close sale.

Apa yang berlaku adalah agent-agent yang pandai dalam marketing diri mereka sendiri akan dapat lebih banyak sales kerana apabila prospect mencari tentang produk tersebut di Google top search adalah merupakan adalah juga top agent. Sebab agent tersebut bijak menggunakan Adwords dan juga SEO mungkin.

Walaupun “top” agent tadi adalah orang Selangor dan prospect yang search tadi adalah dari Kedah contohnya. Jadi orang yang “mencari” tadi akan berhubung dengan agent yang berada di Selangor tadi yang juga merupakan top search sewaktu prospect melakukan pencarian.

Apakah isu yang berlaku dalam situasi ini adalah berlaku beberapa kekangan diantara prospek dan close sale. Antaranya adalah kekangan jarak yang melibatkan pertambahan kos penghantaran, kekangan masa penghantaran, kekangan dari segi tidak boleh COD. Jika prospect lebih suka cara COD, dia perlulah akur dengan kekangan kos penghantaran dan masa perhantaran tadi.

Dan prospek tadi akan ulang lakukan perkara yang sama saat mahu repeat order nanti

Dan sebenarnya mungkin sudah ada agent yang berdekatan dengan prospect tapi prospect tidak tahu kerana agent yang berdekatan mungkin kurang arif soal setting ads, website, blog dan pelbagai lagi. Ini pastinya bukanlah isu besar, namun post ini bercerita soal “MEMAKSIMUMKAN JUALAN”

Bila prospek jumpa ada agent yang berdekatan dan juga boleh COD bila-bila masa pastinya; sedikit sebanyak ia memudahkan untuk berlakunya sales dan repeat sales bukan?

Atas isu inilah mobile app dapat membantu menyelesaikan isu ini.

Bagaimana? Begini apabila prospect yang install apps ini, apps ini bertangjawab untuk tunjuk lokasi semua agent yang berdekatan dengan prospek tadi. Mungkin sekitar 5km atau 10km. Lebih kurang sperti Grab dan Uber. Grab detect dimana lokasi penumpang yang buat order dan juga tunjuk dimana lokasi pemandu yang berdekatan bukan?

Fungsi yang sama digunakan di apps anda untuk agent dan pembeli. Pembeli buka apps dan pembeli akan nampak siapa dan dimanakah agent terdekat. Apabila klik akan appear semua details agent seperti nombor telefon untuk call boleh terus whatsapp dan sebagainya. Dan ianya dapat membantu untuk memaksimumkan lagi jualan agent.

Berminat dengan apps begini untuk bantu agent-agent anda maksimumkan jualan? Hubungi kami sekarang!