Kerja part-time subscribe Youtube channel adalah SCAM!

Assalammualaikum Dato, Datin, YB, rakan-rakan, saudara-mara sekalian. Ok post kali ini lebih kepada saya ingin dedahkan trend terkini scammers di Malaysia.

Sebelum itu mungkin anda rasa tajuk blog post kali ini agak terkeluar daripada konsep website kami iaitu berkaitan bisnes dan teknologi, tapi tidak sebenarnya ia masih berkait dengan teknologi dan bagaimana geng scammers ini menggunakan teknologi untuk menipu daya dan menjayakan helah mereka.

Ok kita mula! Mula geng-geng scammers ini akan cuba hubungi anda untuk kerja part-time atau full-time. Kerjanya lebih kepada komisen based. Lebih banyak buat lebih banyaklah dapatnya.

Mula-mula scammer ini akan masukkan anda ke dalam group telegram, yang ramai orang lain di dalamnya. Dalam group tu pun saya percaya tak semua mangsa. Sebahagian daripadanya adalah rakan-rakan scammers jugak.

Dia ada fasa by fasa untuk jumlah komisen. Permulaan biasanya komisen agak tinggi iaitu satu subscribe untuk youtube channel (channel yang disarankan mereka) akan dapat RM10. Banyak tu. Satu subscribe RM10. Ok thereshold untuk new joiner ini adalah 3 kali subscribe dan selepas itu mereka terus minta bang account untuk bankin RM30 kedalam account anda.

Kemudian fasa kedua komisen anda untuk subscribe akan berkurang iaitu RM5 per subscribe. Dan threshold pembayaran pada RM50. Maksudnya bila anda dah subscribe 10 kali baru mereka transfer RM50 ke account bank anda.

Ok relax masa tu belum berlaku apa-apa tipu daya lagi. Meraka masih dalam fasa mengumpan anda. Kemudian dalam group tu dia akan ada process bonus lah katakan. Ia dipanggil “merchant task”. Merchant task ni memerlukan anda untuk pilih berapa nilai yang anda hendak laburkan. Fuhh ni menarik.

Untuk merchant task ni dia ada beberapa pilihan seperti:

  • RM100 benefit RM130 (individu benefit) – new joiners
  • RM500 benefit RM650 (group benefit)
  • RM1000 benefit RM1150 (group benefit)

Begitulah contohnya sampai lah ke nilai perlaburan 10k keatas. Ok biasanya new joiners agak kurang yakin dia akan amik yang first one lah kan. RM100 dan dapat RM130. RM30 untung.

Merchant task ni anda tak boleh skip. Sebab kalau anda tak join komisen anda untuk subscribe youtube tadi akan berkurang ke RM2 atau pun RM1. (Ikut dieorg pny set lah). So kalau RM1 or RM2 tu nak tunggu sampai dapat next komisen payment korang kena subscribe sampi 25 or 50 channel lah kan. Banyak tu. Channel tak boleh suka-suka. Diaorg akan post channel mana yang untuk di subscribe di telegram group setiap 10 minit.

Ok sekarang kita berbalik semula kepada cerita merchant tadi. How its work. Katalah anda adalah new joiner dan anda pilih benefit yang pertama iaitu RM100 dan mereka akan transfer blk RM130. Caranya mereka akan bagi link satu website. Website yang ala-ala bitcoin, cryptocurrency or forex macam tulah. Rupa website lebih kurang macam FOREX ni lah. Tapi link forex yang saya letak ni mungkin official channel. Dieorg guna link lain yang saya tidak mahu letak disini takut ada yang terkena. Anda kena register dan bagi email yang anda register tadi kepada mereka untuk tujuan mereka seolah-olah masukkan coin ke dalam account anda.

Selepas register, login, dan ada coin dalam account yang anda register tadi anda kena tunggu seorang “teacher” yang akan guide anda berapa untuk buy dan hold berapa lama. Hah gitu.

Gambar portal coin sekadar hiasan

Oh sebelum tu, sebelum anda buat kerja merchant task ni anda diarah untuk exit/leave dulu group telegram asal yang ada ramai orang untuk subscribe youtube channel tadi. Lepas dah leave group baru lah teacher ni akan guide the next step. Waktu ni one by one dengan teacher sebab anda pilih “new joiner” punya pakej tadi yang RM100 dapat RM130 tadi.

So masuk website coin tadi dia akan bagitahu berapa jumlah unit/coin yang anda perlu buy then hold berapa lama. Contoh but 25 unit for 180 seconds. Then tunggu then siap!

Lepas tu teacher tadi akan ajarlah cara link kan bank account dan withdraw semua hasil jualan yang anda beli tadi. Lepas tu dangg dapat lah RM130 kedalam account anda. HAHA easy money kan? Ok relax lepas ni turn anda pula yang kena.

Sudah selesai merchant task baru lah anda dimasukkan semula ke group besar iaitu group subscribers yang asal tadi. Ulang balik semula subscribe satu channel RM5. Lepas tu belum sampai threshold anda untuk payment then dia akan ada lagi merchant task! jeng jeng jeng!

Kali ni anda tak boleh pilih dah new joiner punya tier iaitu RM100 untuk RM130. Anda kena pilih group minimum RM500 dan pulangan RM650.

Macam biasa kena leave group asal dan kali ini anda akan dimasukkan kedalam group 5-6 orang. Seorang teacher tadi dan selebihnya pelaburlah. Dalam ni pun bukan semua pelabur, akan ada sorang atau lebih yang geng mereka juga yang akan belagak sebagai pelabur kaya.

Syarat menarik disini adalah ianya group investment iaitu anda tak boleh withdraw duit sorang-sorang kena semua complete task baru lah anda semua boleh withdraw serentak. Lepas tu mulalah process tadi teacher akan sarankan berapa unit untuk dibeli dan kemudian hold berapa lama. Kalau tadi masa individu lepas siap sell anda boleh withdraw kan kali ni tak. Dia akan ada next task iaitu labur lagi duit dan kemudian repeat process. Kalini amount untuk dipilih lebih besar. Minimum RM3000 dan benefit RM4300 camtu lah sampailah ke 10-20k. Ini digelar pusingan bonus atau mereka panggil “welfare round” kira macam untunglah kalau layak ke welfare punya round ni seolah-olah bukan semua group mampu pergi welfare.

Kalau anda tak mampu untuk proceed welfare anda akan dibuang dulu dari group dan teacher akan focus kepada mangsa lain yg dalam group tadi. Group tu dia akan ulang process sampai anda takda duit dan dikeluarkan dari group.

Katalah kalau ada tinggal sikit jelah katakan ada dalam RM500 je lagi. Padahal next task tadi kena invest minimum 3k kan. So masa anda di keluarkan tadi nanti dia akan contact balik untuk adjust harga yang paling minimum supaya anda dapat siapkan task anda supaya boleh withdraw duit yang dimasukkan tadi. Katanya! Ok katalah ada join balik kata ok RM500 mampulah utk proceed, then dia akan masukkan balik ke dalam group baru. Then mulakan lah process tadi guna portal ala-ala forex tadi untuk buy and sell mengikut arahan teacher. Then apa? habis ke? haha tak bang.

Ada last task ianya dipanggil “withdrawal task” hahahah cam hanat. Withdrawal task ni sama macam tadi minumum RM3000 dapat RM4300 dan seterusnya lah. Lepas ni katanya anda akan berpeluang untuk withdraw kesemua duit yang anda transfer tadi. Giler tricky betul dieorg menyalah gunakan teknologi.

So apa-apa pun berwaspadalah jangan lah sampai pihak-pihak scammer ni berjaya mengenakan anda. Harap begitulah amin. Jika ada komen berkaitan genjala scammer ni boleh lah komen-komen yang rakan lain yang baca akan lebih berjaga-jaga.

Apa pun tiada jalan mudah untuk berjaya. Memang celaka lah geng scammer yang mengambil kesempatan untuk mereka yang terdesak uantuk mencari duit tambahan untuk kerja part time dan sebagainya.

Belajar dan berjinak-jinaklah dalam business kalau nak cari duit tambahan. Investment ni bahaya sikit kalau tak kaji betul-betul. Silap-silap habis last saving money macam tu je.

Mana yang belum baca post saya berkaitan BIG WHY boleh baca disini. Fahami BIG WHY insyallah anda akan lebih focus dalam melakukan bisnes. Saya doakan anda semua dan saya juga agar berjaya dan maju dunia akhirat. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *