Kosmo 29 Disember 2017

KUALA LUMPUR – Penggunaan laman web yang dilengkapi ciri-ciri pembayaran online mampu mengurangkan kos perniagaan sehingga 20 peratus dan dalam masa yang sama meningkatkan perolehan perniagaan sehingga 80 peratus melalui pengurangan kos operasi.

Pengarah Urusan syarikat perunding Teknologi Maklumat (IT), (Anggur Solutions) Muhamad Ifwat Ibrahim berkata, laman web sepatutnya digunakan dalam kalangan perniaga online kini berbanding penggunaan aplikasi whatsapp.

“Penggunaan whatsapp dalam skala kecil memang membantu jualan bagaimanapun untuk mencapai satu tahap optimum, penggunaan laman web adalah lebih praktikal dan efisien.

Melalui laman web pengguna akan mengisi maklumat sendiri termasuk pembayaran dan alamat penghantaran.” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Beliau yang berpengalaman lebih lima tahun dalam perunding web berkata, melalui lama e-dagang usahawan hanya perlu mengurus penghantaran, inventori dan permasaran.

Kata Ifwat, usahawan tidak perlu mengeluarkan ribuan ringgit untuk memiliki web e-dagang kerana sistem berkenaan boleh diperkemas atau dinaik taraf dari semasa ke semasa.

“Kebanyakan pelanggan Anggur Solutions bermula dengan sistem asas sebelum menaik taraf web e-dagang yang lebih komprehensif kerana mereka perlu menyesuaikan diri dengan sistem terlebih dahulu.

“Setelah biasa dengan sistem e-dagang barulah kami akan syorkan untuk menaik taraf sistem lebih berintegrasi bermula dengan pesanan hinggalah kepada penghantaran,” katanya.

Jelas Ifwat, Anggur Solutions menyediakan pakej e-dagang semurah RM350 manakala pakej lengkap berharga RM3987.

Menyentuh pakej permulaan RM350, Ifwat menjelaskan, caj berkenaan dikenakan untuk seumur hidup bagi maksimum 10 produk termasuk gerbang pembayaran Ipay88.

“Pakej ini dibuat berikutan permintaan ramai daripada kalangan usahawan yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan online tetapi memiliki modal terhad dalam permasaran.

“Laman web akan membantu mereka menjual dengan lebih baik kerana lazimnya kepercayaan pembeli meningkat sekali ganda jika penjual memiliki laman web sendiri” kata Ifwat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *