MENGEJAR PROSPEK BERDASARKAN LOKASI 

Aku rasa strategi ni sesuai untuk orang yang buat niche pelancongan. 
Sebab apa? 

Sebab ia boleh digunakan untuk follow up promotion atau juga retargeting.

Contoh:

Katakan kau ada bisnes melancong ke Krabi.
Kau nak target audience baru, besar kos untuk educate mereka-mereka ni.
Cara yang jimat kos adalah dengan menyasarkan kepada orang yang dah pernah ke Krabi dan sekarang duduk Malaysia/ Kuala Lumpur/ Johor – ikut suka hati kau. 
Kau sekadar ingatkan mereka akan apa yang best kat Krabi buat mereka terkenang-kenang, dan offer meleleh kau ada.

GAMBARAN

Gambaran dia macam orang yang dah makan KFC, dia je tahu betapa sedapnya KFC itu. Jadi, nak educate dia senang sikit, bagi dia terkenang-kenang kerangupan, kesedapan KFC.
Kalau kau nak educate orang yang tak pernah makan KFC, memang ambil masa sikit. Sebab dia dah biasa makan Ayamas, KFC tak pernah lagi. 
Dislaimer: Gambaran jer, aku bukan tauke KFC mahupun Ayamas.

Ini apa kau dapat dengan cara ni:

1. Kau akan dapat tahu siapa yang dah pernah ke Krabi dan sekarang berada kat Malaysia/ Johor etc. 
Cara dia: 

https://www.facebook.com/search/str/LOKASI-SASARAN/pages-named/residents/past/intersect/str/LOKASI-TERKINI/pages-named/residents/present/intersect 
CONTOH: https://www.facebook.com/search/str/krabi/pages-named/residents/past/intersect/str/malaysia/pages-named/residents/present/intersect 
Sekadar ganti LOKASI-SASARAN untuk lokasi dia pernah pergi spt Mecca, Krabi, Nameck etc. 

Sekadar ganti LOKASI-TERKINI dengan temapt tinggal dia sekarang ni. 

Untuk keyword lebih daripada satu, gunakan SPACE atau jika tak dapat, gunakan % untuk menggantikan SPACE. 

APA NAK BUAT?

1. AVATAR

Boleh buat avatar berdasarkan info ini. Orang-orang yang dah pernah pergi ke Krabi ni, dan sekarang duduk di Malaysia, apa aktiviti utama mereka? Apa persamaan mereka? Apa ciri-ciri mereka. 

Gunakan teknik perbandingan dalam NOTA# 20 sebelum ini. Kot-kot anda menemui page agen pelancongan yang anda tak pernah dengar, anda dah boleh target melalui page tu. 
2. Custom Audience

Boleh buat custom audience. Anda boleh add sebagai friend dan extract email jika anda ada tool Facebook Social Toolkit (Chrome Ext). Nanti masukkan dalam custom audience.
3. Suara Prospek

Orang kata, jika kita matchkan ‘suara’ kita dengan prospek, mudah untuk mereka mendengar kita (eg. Untuk headline iklan). 

Maka, dengan Nota #25 ini, bolehlah kita kesan apa komen mereka tadi ni tentang Krabi. Mana tahu terjumpa ayat menjentik yang tak pernah kita terfikirpun.

Gunakan Nota #21 sebelum ini, kesan apa komen orang-orang ni tentang Krabi. 

Ada banyak lagi sebenarnya kau boleh buat dengan nota ni. Kau sekadar perlu FOKUS.

Contohnya, dalam gambar post ini, ramai berasal dari Kuala Lumpur. Boleh target KL dalam interest FB nanti.

Contoh sahaja sebab aku tak ada sebab untuk mengkaji benda ni sedalam-dalamnya.

Asalkan kau dapat poin dia, kau dah boleh guna untuk target audience untuk kedai spek mata kau tu. Hah, macam mana pula tu? 😛

Credit to Luqman Mikhail

Writer Luqman Mikhail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *