Profil Bisnes kini di Instagram

Untuk pengetahuan korang, dari awal tahun ni Instagram dah memperkenalkan dan start develop profil bisnes bagi pengguna Instagram – pada dasarnya tujuan profil bisnes kat Instagram ni sama macam facebook page yang mana berbeza function-function berbanding dengan profil Facebook yang personal.

Dan sekarang baru kita dapat preview bagaimana rupa rupa profil Instagram bisnes ni. Profil, yang kini masih dalam proses diuji dengan hanya segelintir user sahaja, function baru yang ditawarkan terdiri dari pelbagai ciri-ciri berguna bagi mereka yang menjalankan akaun perniagaan di Instagram, termasuk butang “Contact Us” , akses kepada Map dan Direction, dan boleh untuk mengklasifikasikan perniagaan mengikut jenis.

Tengok screenshot profil bisnes pertama oleh blog Later.com . Perbezaan paling jelas antara profil perniagaan dan satu peribadi adalah “Contact Us” butang baru di bahagian atas skrin, di sebelah kiri butang “Follow”.

ig_1

Bila kita click butang “Contact Us” , akan keluar menu pop yang menawarkan “Get Direction” atau “Email”. Ni cool sebab Instagram bagi option untuk customer direct sent email kat perniagaan untuk menerima e-mel tradisional dan bukannya bergantung kepada DM Instagram sendiri – ianya logic, sebab banyak bisnes hari ini lebih suka e-mel. Kalau DM kan macam tak berapa professional kan.

ig_2

Customer pun boleh “Get Direction” dari profil instagram, mudah untuk navigate pergi terus ke lokasi kedai profil bisnes tu. Sempoi!

Btw, Profil untuk bisnes ni belum lagi dilancarkan secara meluas, jadi mungkin kebanyakan pengguna Instagram nampak function-funtion ni. Kiteorang pun baru secara tak sengaja terjumpa pagi tadi pasal function ni.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Instagram telah meningkatkan fokus pada pengiklanan, dan dalam iklan video tertentu, serta keupayaan untuk function-function yang berkaitan dengan perniagaannya, sebab dieorang dah mula ikut jejak langkah company induk Facebook.

Hari ini, Instagram mempunyai lebih 200,000 iklan yang mensasarkan 400 juta pengguna aktif perkhidmatan, tetapi ia masih belum mengkhusus kepada perniagaan-perniagaan kecil yang berpotensi menjadi menonjol dalam Instagram ads.

Instagram belum confirmkan tarikh pelancaran untuk pelancaran profil bisnes ni, tetapi kita akan tahu lebih lanjut dalam masa terdekat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *