Nak kurangkan cost marketing?

Kurangkan kos marketing. Lama-lama otak jem, sebab ianya akan naik semula.

Sudah 3tahun buat marketing pun masih salit kepala nak fikir HEADLINE MEMUKAU ke? Masih taruh cinta dengan ZERO KOS Marketing?

Sudah-sudah lah…

Jika Anda sebagai owner business, dan masih dalam keadaan sebegini. Follow 4 Step simple ni supaya business lebih mudah berkembang.

Step 1 – Kira basic account dalam syarikat.
Ambil contoh mudah.

Jualan RM100
Modal product RM50 (30%)
Kos packaging RM3 (3%)
Modal Postage RM7 (7%)
Untung kasar RM40 (40%)

Step 2 – Kira percentage marketing kos sebelum ni. Minimum 3bulan punya data. Kalau dah berniaga lama, lagi bagus.

Bulan 1.
Sales RM5000
Kos marketing RM500 (10%)

Bulan 2.
Sales RM8000
Kos marketing RM1200 (15%)

Bulan 3.
Sales RM10,000
Kos Marketing RM1000 (10%)

Jadi..marketing kos Anda dalam lingkungan 10% – 15% daripada total jualan. Jadikan ianya benchmark.

Step 3 – Kira Maksimum Kos marketing yang kita boleh spend supaya syarikat still ada profit walaupun sedikit.

Memandangkan untung kasar 40% daripada jumlah jualan.

Kita boleh tetapkan 20% (Daripada jumlah target jualan) maksimum kos marketing yang kita boleh belanjakan untuk capai target jualan kita.

Contohnya..jika kita nak target sales RM10,000. Kita boleh berbelanja paling tinggi RM2000 untuk kos marketing. Guna jerr sebab ni dah worst case.

Step 4 – Tinggikan Kos marketing.

Tingggikan kos marketing. Ikut kemampuan masing-masing. Slow and steady. Usah pening kepala.

Rekod jualan dan kos-kos terlibat dari masa ke semasa. Pastikan % tidak lari daripada benchmark yang kita tetapkan tadi.

Percayalah..

Bila kita dah start Monitor % kos-kos terlibat dalam syarukat. Ianya jauh lebih mudah daripada kita nak monitor CPC,CPE, CTR dan CPP tanpa halatuju. Sampai kesudah kita nak kejar kos iklan murah.

Murah tu murah camne?

Sebab ramai yang saya perhati..’Orang baru’ tak berani nak spend iklan sebab kononnya kos iklan mereka mahal. Sifu-sifu semua tunjuk kos RM0.01. Pengsan~ 🤣

..Semoga dapat membantu.

Credit FB Encik Zuhdi – LINK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *